
Sulit
4 tahun
Adakah jari bergegar normal?
Hi doc,sya brumur 15, sejak dari 10 tahun ketika solat jari telunjuk saya bergetar tetapi tidak teruk hanya sedikit sahaja…adakah ini normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Masalah saraf atau otak
- Hipoglisemia (kekurangan gula di dalam badan)
- Ketidakseimbangan elektrolit ( electrolyte imbalance )
- Kencing manis
- Masalah tiroid
Mempunyai getaran yang sedikit adalah normal bagi sesetengah orang dan ia juga boleh menjadi tidak normal sekiranya getaran tersebut adalah terlalu banyak dan disertakan dengan gejala-gejala lain.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami tidak dapat menentukan sama ada keadaan yang anda alami tersebut bahaya ataupun tidak kerana maklumat lanjut adalah diperlukan. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan lanjut dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.