
Sulit
3 tahun
Adakah kedudukan rahim punca sukar hamil
saya berusia 26 tahun dan baru sahaja complete miscarriage tanpa cuci. selepas Dr scan , kedudukan rahim saya agak kebelakang. adakah ini normal dan adakah saya sukar hamil semula ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, kedudukan rahim 2 variasi iaitu ‘anteverted’ dan ‘retroverted’. Kedua-duanya adalah variasi normal cuma rahim ‘retroverted’ mungkin menghadapi sedikit kesukaran untuk hamil. Namun ianya bukan permasalahan utama kepada masalah kesuburan. Tiada urutan atau pembedahan yang diperlukan untuk masalah ini.
Saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor