
Sulit
4 tahun
Adakah normal jika seseorang stres sesak nafas?
Saya lelaki nak bertanya normal ke seseorang itu stres yg melampau boleh buatkan susah bernafas? dada xsakit cuma sukar bernafas klu stres. kalau serangan jantung, ia akan sakit an.tapi dlm kes saya xsakit pn.saya cuba kawal stres saya ni,kadang² tu oklah.kadang tu terdesak nafas jgk.rilek sekejap pastu normal. Saya telah pergi bermacam2 doktor,ade yg kata saya ok2 je,ade yg kata saya seorang penakut,ade yang kata saya muscle pain,ade jugak yang masih xdpt results makmal(hospital) lagi.saya hairan knp saya menekan sikit dada ni(dalam keadaan marah),ia akan sesak nafas?baring kejap pastu elok mcm tiada apa2 berlaku.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Maaf, kerana penerangan yang anda berikan masih memerlukan beberapa informasi tambahan bagi mempermudahkan kami untuk mengambarkan hal atau keluhan yang sebenar. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Sesak nafas secara tiba-tiba? Dapatkan kelegaan segera.
Disamping itu, memandangkan keluhan yang anda berikan mempunyai sejarah yang agak samar-sama, saya menyarankan anda untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang lebih komprehensif dari hospital atau hospital pakar yang berdekatan. Hal ini adalah untuk memastikan anda mendapat rawatan secara langsung dengan doktor pakar yang lebih arif dalam bidang-bidang yang terkait.
Lazimnya kondisi anda boleh dikaitkan dengan:
- Refluks asid perut,
- Gangguan cemas.
- Kesan pengambilan ubat-ubatan.
Keadaan atau penyakit lain yang disertai dengan gejala sakit dada dan susah bernafas juga boleh disebabkan oleh:
- Gangguan organ jantung
- Gangguan organ pernafasan (i.e. COPD, Emfisema, Asma)
- Jangkitan kuman di paru-paru (i.e. Pneumonia)
- Batu hempedu.
- Gangguan psikiatri yang lain
Umumnya tekanan stress dapat meningkatkan pengeluaran hormon-hormon yang dapat memberi rangsangan terhadap kadar pernafasan seseorang.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada doktor pakar? Pakar paru-paru kami sedia membantu.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.