
Sulit
4 tahun
Adakah ovulasi akan berlaku pada hari terakhir kitaran haid?
Hubungan seks berlaku pada hari terakhir kitaran haid. Isteri saya makan morning after pill dalam masa kurang dari 12jam selepas hubungan seks. Dia sakit kepala dan rasa penat. Adakah isteri saya akan hamil?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang kehamilan.
Terlebih dahulu saya ingin menerangkan tentang ovulasi. Ovulasi biasanya berlaku pada hari ke 14 kitaran haid, bukan hari terakhir. Sekiranya hubungan seksual tanpa perlindungan berlaku pada lingkungan tempoh ini, kemungkinan untuk hamil berlaku adalah tinggi. Namun sekiranya hubungan seksual berlaku bukan pada waktu ovulasi, tidak semestinya kehamilan tidak berlaku, masih ada peluang untuk hamil berlaku.
Tentang morning after pill atau ubat Postinor adalah pil perancang atau kontraseptif kecemasan yang diambil dalam masa 72 jam selepas melakukan hubungan seksual.
- Tablet pertama diambil sebaik sahaja selepas bersetubuh dan tidak lebih daripada 72 jam
- Ambil tablet kedua sebaik 12 jam selepas tablet pertama.
- Jika anda muntah dalam masa 2 jam selepas mengambil salah satu tablet, anda harus kembali ke farmasi, doktor atau klinik kerana kemungkinan tablet tidak diserap dengan betul dan memerlukan tablet tambahan.
- Anda tidak boleh mengambilnya lebih dari satu kali dalam satu kitaran haid. Jika digunakan lebih daripada satu kali dalam kitaran haid, kitaran haid akan terganggu
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Untuk makluman anda, postinor mengandungi hormon progesteron yang tinggi bagi menghalang kehamilan berlaku. Sekiranya postinor diambil secara kerap, terdapat beberapa kesan sampingan yang biasanya berlaku seperti :
- Keletihan
- Mual
- Muntah
- Sakit perut
- Cirit-birit
- Pening
- Sakit kepala
- Sakit payudara
- Pendarahan faraj
- Tindak balas kulit
- Haid tidak teratur
- Pendarahan
Kemungkinan gejala yang isteri anda sedang alami adalah kesan sampingan pil perancang. Namun saya juga tidak menolak kemungkinan kondisi lain sedang dialami oleh isteri anda. Saya menasihatkan anda untuk membawa isteri anda ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut sekiranya gejala ini berterusan.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.