
Anonymous
6 tahun
Adakah saya boleh terkena HIV dengan menggosok kemaluan perempuan dengan tangan?
Sy ada menggosok kemaluan perempuan dengan tangan, apakah berisiko utk sy trkena HIV jika perempuan tersebut HIV positif?

6 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.
HIV merebak melalui cecair badan seperti darah, lendir faraj, air mani dan susu ibu yang menghidap HIV. Justeru itu, HIV sering merebak melalui hubungan seks, perkongsian jarum sesama penagih dadah, penyusuan anak atau semasa kelahiran anak. HIV tidak merebak melalui sentuhan yang biasa seperti tinggal di rumah yang sama atau bekerja di tempat yang sama.
Jika anda telah menyentuh kemaluan perempuan wanita tersebut, anda hanya akan terdedah kepada jangkitan HIV sekiranya tangan anda mempunyai luka dan luka tersebut telah terdedah kepada lendiran dari faraj wanita tersebut. Sentuhan biasa seperti berjabat tangan, berpelukan dan berkongsi perkakas tidak akan menyebabkan jangkitan HIV. Namun demikian, anda berisiko tinggi untuk menghidap jangkitan HIV sekiranya anda telah menjalankan hubungan seks dengan wanita tersebut terutamanya hubungan seks tanpa perlindungan. Hubungan seks melalui faraj, dubur atau mulut tanpa perlindungan boleh menyebabkan jangkitan HIV.
Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor. Doktor akan menjalankan ujian HIV untuk anda. Ujian HIV boleh diulangi mengikut sejarah dan pemeriksaan fizikal anda.

6 tahun
Salam sejahtera. HIV merupakan sejenis virus yang menyerang sel-sel imun khususnya sel CD-4 di dalam badan manusia. Terdapat pelbagai cara virus ini boleh disebarkan tetapi risiko bagi virus ini disebarkan ketika menggunakan jari untuk merangsangkan faraj atau menggosok kemaluan wanita yang mempunyai HIV positif adalah rendah.
Bagi pengetahuan saudara, HIV merupakan virus yang memerlukan persekitaran yang sesuai sebelum tersebar kepada orang lain. Ini adalah kerana HIV tidak boleh hidup lama di luar tubuh manusia. Para saintis menganggarkan jangka hayatnya di luar badan manusia adalah kurang daripada satu saat. Virus itu juga mesti memasuki aliran darah anda sebelum anda boleh dijangkiti.
Terdapat beberapa teori yang menyatakan masih terdapat risiko jangkitan ini boleh tersebar jika anda tersentuh cecair faraj semasa anda mempunyai luka di jari. Walau bagaimanapun, seperti mana yang telah dinyatakan, virus ini perlu sempat sampai ke dalam aliran darah anda untuk anda dijangkiti. Itu bermaksud luka anda perlu sangat dalam sehinggakan saluran darah terpotong ataupun anda mempunyai ulser di tangan yang tidak sembuh.