
Sulit
4 tahun
Adakah saya masih ditahap pradiabetes atau ada sebab2 lain?
Saya wanita berumur 27tahun , bulan puasa lepas saya rasa gatal2 pada kulit di kaki , tangan dan muka…dan slps itu ia meninggalkan kesan hitam di sekitar tempat yang gatal… Sy ke klinik , doc sahkan saya mengalami pradiabetes…dan beliau nasihatkan sy supaya jaga pemakanan dan bersenam… Sejak dari tu , sy start jaga makan dan tolak semua manis manisan dan juga sy bersenam stp hari…beberapa kali sy cek gula sblum mkn , 2jam slps mkn dan bila brpuasa…sy cek gula dlm tempoh 8jam…semuanya menunjukkan gula dlm drh sy normal…tetapi kadang2 sy msih terasa gatal2 di bhgian kaki , tgn , muka dan sekeliling kedua2 belah buku lali…setelah itu ia menjadi hitam disekitar tmpt yg gatal… Adakah sy masih ditahap pradiabetes ?? Atau ada sebab2 lain yang membuatkn sy rs gatal2 dibhgian trsebut…? Mohon pnjelasan dari doc… Trma ksih…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, selain kencing manis, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Jangkitan kulat
Ekzema: biasanya disebabkan alahan
Kurap (ringworm)
Dermatitis: radang kulit yang boleh disebabkan alahan kepada bahan kimia biasanya pada produk pencuci
Psoriasis
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sukar untuk pihak kami menentukan punca sebenar masalah kulit gatal anda. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.