Sulit
4 tahun
Adakah sy hamil atau tidak
Saya wanita berusia 26 tahun. Saya baru sahaja berkahwin pada 6.12.2019. Saya dan suami merancang utk mempunyai zuriat. Sy period pada 18.12.2019 dn berakhir pda 24.12.2019. Period sy mmg jenis tak teratur dan sy mmg akn kira kitaran haid sy. Kitaran haid sy kebiasaannya akn berlaku dlm 29 hri keatas dn mostly berlaku dlm 30 hri keatas sehingga 40 hri. Expectation sy bulan ni sy akn period antara 27 atau 29.1 2020 kitaran tersebut dlm 33 hingga 36 hri… Tetapi pada 15.1.2020 sy telah mengalami period yg awal iatu 22 hri kitaran haid sy. Adakah ianya normal? Sy dah 4 kali buat UPT dan semuanya negatif. Adakah ianya implantasi bleeding atau mmg sy period? Sbb tanda2 kehamilan sy ade, lapar berpanjangan, mual2, kembung perut, bdan panas dn bpluh walau sy bukk aircond dn kipas, payudara sy terasa sensetif. 2 hri sblum kluar drah sy dah mula rse krem ringan di peru,dan skrg sy rse senak di bhgian abdomen dn kdg kala sy sy krem di perut…Period kali ni darah sy cair warna merah coklat, adakal merah muda dn msa awal ianya sperti merah pink…ianya tidak seperti period sblum2 ni… Tapi drah ni kluar hnya ketika sy bjln atau kencing shaja,jika baring tidak kluar. Apakah tanda2 sy ni dr? Adakh sy period atau hamil kerana sy buat upt dn semuanya negatif. Terima kasih dr.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Sekiranya haid and lebih lambat daripada 38 hari, kemudian lebih cepat daripada 24 hari, kedua keadaan ini dikenali sebagai perdarahan rahim abnormal. Kondisi ini dapat disebabkan oleh:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUCD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.