
Sulit
5 tahun
Air mani berdarah dan berubah menjadi warna coklat gelap
Saya berumur 28 tahun dan sudah berkahwin.Saya mengalami masalah air mani bercampur darah dan lama kelamaan ia berubah menjadi warna coklat gelap.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Merujuk kepada keluhan anda, air mani berdarah boleh terjadi akibat adanya saluran darah yang pecah. Ia adalah merupakan petanda penyakit yang disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Trauma ataupun kecederaan pada mana-mana bahagian seksual ataupun sistem perkumuhan
- Ketumbuhan tumor yang menekan saluran darah
- Jangkitan penyakit kelamin
- Batu karang
- Jangkitan saluran kencing (kencing kotor)
Sekiranya keluhan berlangsung lebih 2 hari, anda harus segera ke doktor kerana dikhuatiri terdapat masalah kesihatan yang serius seperti jangkitan yang merebak yang mendasari gejala ini. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.