Sulit
5 tahun
Air mani cair dan berketul-ketul
Hai doktor, saya umur 39 tahun dan baru berkahwin pada bulan januari 2021, sdh masuk 3 bulan perkahwinan saya… sehingga ke ari ni isteri saya blm lagi hamil kerana ada 22.03.2021 isteri telah dtg haid kerana sdh lewat 5 hari dari tarikh period sebenarnya… Disini saya ingin mengetahui adakah saya yang bermasalah kerana saya tgk air mani saya cair dan ada berketul sebiji dua… Apakah masalah yg saya hadapi doktor?
terima kasih doktor
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda terhadap masalah yang dihadapi oleh anda.Antara penyebab air mani berketul adalah:
- Pembekuan protein
- Dehidrasi dan diet yang tidak seimbang
- Tahap testosteron rendah
- Jangkitan seksual
- Aglutinasi sperma
Jika hal ini amat membimbangkan anda , adalah amat disarankan untuk anda mendapatkan nasihat daripada doktor supaya hal ini dapat dirawati dengan secepat yang mungkin.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah

































