
Sulit
4 tahun
Air Mani Di Permukaan Kemaluan
Adakah air Mani dipermukaan Kemaluan boleh menyebabkan kehamilan ? Tanpa memasukkan zakar kedalam Faraj ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, kehamilan hanya boleh berlaku sekiranya air mani dilepaskan di dalam faraj wanita. Hal ini kerana air mani anda mengandungi sperma untuk pensenyawaan ovum di dalam wanita. Oleh itu, berdasarkan keterangan yang telah anda berikan, tiada risiko kehamilan di sini. Sebagai maklumat tambahan, anda digalakkan untuk menggunakan perlindungan iaitu kondom semasa melakukan hubungan seks untuk mengelakkan kehamilan yang tidak dirancang dan jangkitan kelamin.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Namun, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih