
Sulit
5 tahun
Air mazi keluar dengan banyak
Umur 19…kenapa bila ereksi sedikit …keluar air mazi dengan banyak…walaupun zakar saya terangsang hanya tempoh yang sedikit sedikit

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, zakar yang sensitif adalah normal. Akan tetapi, sekiranya sensitif terlalu kuat sehingga menganggu, ia boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Fimosis yaitu apabila sesorang tidak berkhatan / sunat sehingga menyebabkan terdapat kotoran di celah kulit tersebut sehingga meradang
- Akibat jangkitan saluran kencing yang juga dikenali sebagaikencing kotor
- Kecederaan terhadap penis seperti akibat hubungan seks atau onani yang keras, atau akibat kemalangan atau sukan.
Memandangkan gejala ini telah berlangsung sejak sekian lamanya, dan dapat menganggu taraf kesihatan anda, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.