
Sulit
3 tahun
Akibat melakukan onani
Saya berumur 25 tahun. Saya sering melakukan onani degan renjisan air dan tdak pernah mengunakan apa² peralatan yang sepatutnya… Persoalan saya adakah saya berpotesi mengalami penyakit bahagian faraj/kemaluan saya… Atau apa keburukan yang berlaku onani degan renjisan air… Mohon pencerahan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kerisauan anda mengenai kesan negatif onani menggunakan renjisan air. Jangan risau kerana kami akan membantu anda.
Onani ataupun masturbasi merupakan perlakuan mencapai kepuasan seksual pada kemaluan menggunakan tangan ataupun alat bantuan.
Mengenai melakukan onani menggunakan renjisan air, perbuatan tersebut adalah selamat tetapi sekiranya air yang digunakan untuk masturbasi tersebut kotor, individu tersebut mempunyai risko untuk mendapat jangkitan di sekitar kawasan kemaluan, seperti:
- Jangkitan salur kencing (urinary tract infection)
- Jangkitan kulit di sekitar kawasan kemaluan
Sekiranya anda mengesyaki anda mengalami gejala seperti demam, sakit dan kerap membuang air kecil, air kencing bercampur darah, gatal di sekitar kawasan kemaluan, kami sarankan anda untuk berhubung dengan doktor kami di atas talian untuk mendapatkan konsultasi dan supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan kami membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.