
Anonymous
5 tahun
Alat sulit suami tidak.cukup tegang
Saya wanita berusia 34, baru berkahwin 9 bln. Suami berusia 37 tahun. Kami tak berjaya melakukan seks dr mlm pertama kawen sampai la 3 bln . Alat sulit suami tidak cukup tegang, dan bila masuk je beberapa saat terus kendur, sy tak sure sy sudah hilang dara ke tidak…sbb sy rasa tak puas atau alat suami tak masuk dalam sgt. Pernah 3 x suami pernah masukkan air mani.Suami dlu perokok tegar, dan 2 bln ritu hnye sebatang sahaja merokok, atau tidak langsung. Suami dalam proses berhenti merokok. Suami pernah jumpa pakar urinetery, dan doc kate ok je…(belom amik ujian darah tp bekalkan ubat viagra). Sy pulak ada sejarah senggugut teruk, dan pernah operate buang cyst di ovari kiri pada tahun lepas. Smpai skrg…kekerapan seks hampir tiada. Sebulan sekali atau tiada. Sy nak tau saya n suami same2 ada masalah ke? Sbb sy rasa nafsu sy jgk tak tinggi.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Biasanya masalah zakar tidak tegang boleh disebabkan oleh:
- Masalah psikologi
- Kecederaan zakar
- Masalah kesihatan yang menyebabkan saluran darah dan saraf zakar terjejas iaitu:
Penyakit jantung - Diabetes
Masalah ini boleh dielakkan dengan:
- Amalkan gaya hidup sihat
- Kurangkan berat badan
- Elakkan merokok
- Amalkan pemakanan sihat dan seimbang
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.