
Sulit
4 tahun
Alat sulit terlalu gatal keluar keputihan pekat. Tumbuh ulser disekeliling alat sulti sngt pedih dn sakit untk di sentuh. Bantu sy. Terlalu sakit
Sy masih ank dara. Mnggu lepas sy ada menggunakkn pencuci femanim dn sy cuci 3 hari berturut2 . Mula keluar cecair jernih dn slowly rasa gatal. Sy ada jumpa doktor n dpt ubat sapu. Masih lg sakit sy tukar ambk yg masuk ubat ke dlm(anti fungus). Masih lg sakit dn sy perasan ia mula membengkak dn tumbuh ulser di sekeliling alat sulit. Sngt pedih. Adakh penyebab sy guna ubat masuk ke dlm jd gatal ataupn? Apa patut sy buat. Mlm pn xblh tido pediss syng

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang kegatalan yang dialami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, anda mungkin mengalami
- tindak balas alahan terhadap pencuci
- tindak balas alahan kepada ubatan
- Faraj kering (“vaginal dryness”)
- Jangkitan kulat candidiasis menyebabkan gejala seperti gatal, merah, keputihan yang pekat dan pendarahan selepas seks.
Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Saya perlu melakukan pemeriksaan lanjut secara fizikal bagi mengetahui keadaan sebenar yang anda alami. Oleh itu saya menasihatkan anda untuk berhubung dengan doktor yang merawat anda bagi mendapatkan tindakan susulan.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.