
Sulit
4 tahun
Aliran period 2 kali
Hai Doktor. Saya berumur 28 tahun, baru berkahwin pada bulan 04/2020, masalah yang saya alami adalah aliran period tak teratur sejak baru-baru ni. Saya mengalami period (black menses) pada 12/07/2020 - 16/07/2020. tak ada symptom mahupun sengugut seperti period biasa (ada rasa sengugut sedikit tapi tak seperti normal period), aliran black menses sama normal period (5 hari). Jadi saya ingatkan period biasa. Tetapi pada 31/07/2020,saya mengalami normal period. Ada sengugut, lenguh2 badan, jadi saya mengalami 2 kali period dalam 1 bulan.Adakah saya mengalami penyakit dalaman? untuk pengetahuan doktor, saya tak ada ambil apa2 ubat pil perancangan, namun hanya mengambil ubat herba (himalaya neem) yang saya amalkan sejak bulan 3/2020 kerana muka saya breakout & pil vitamin c sahaja. Harap doktor dapat menjawab soalan tersebut. Terima kasih

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang diberi oleh puan, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah yang dihadapi. Terdapat beberapa sebab-sebab haid tidak teratur yang tersenarai iaitu:
- Stress dan keletihan fizikal
- Pill perancang
- Kekurangan kalori
- Ketidakseimbangan hormon
- Penyakit radang pelvis
- Endometriosis
- Penyakit fibroid
- Ubat-ubatan seperti rawatan tiroid
Walaubagaimanapun, haid tidak teratur tidak bermaksud anda mempunyai penyakit yang serius. Kadangkala 50 peratus daripada segolongan wanita mempunyai kitaran haid yang berbeza dan tidak seragam. Selain itu, pengambilan ubat supplemen selalunya mempunyai impak yang minima terhadap kitaran haid.
Mengenai black menses anda, ia mungkin disebabkan oleh darah haid yang terkumpul daripada kitar haid sebelumnya.
Jika anda mempunyai simptom-simptom baru yang membimbangkan, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor anda dengan segera. Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut sila klik pada link ini DoctorOnCall untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian