
Sulit
5 tahun
Allergic menyerupai burn pada kulit, alat kelamin dan bibir
Ayah sy berumur 60thn & menghidapi diabetis, darah tinggi. Setelah seminggu ubat darah tinggi beliau ditukar ke losartan potassium 50mg beliau mengalami allergic menyerupai burn pada kulit, alat kelamin dan bibir beliau. Adakah ubat tersebut yg myebabkan beliau allergic. Dan sy membeli ubat yg sama ttp manufacturing yg berbeza. Sebelum ini ayah sy mkn ubat yg berbeza. Allergic beliau mmg disebabkan oleh drug sbb spt terbakar pd kulit.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, antara kesan sampingan Losartan Potassium 50 mg ialah:
- sakit perut
- keresahan
- sakit pundi kencing
- air kencing berdarah atau keruh
- kabur penglihatan
- peluh sejuk
- koma
- kekeliruan
- kulit sejuk dan pucat
- depressi
- sesak nafas
- masalah kencing
- pening
Terdapat ubat yang boleh menyebabkan alahan seperti:
- antibiotik
- ubat tahan sakit
- ubat khemoterapi
- Ubat untuk penyakit autoimmune
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera kerana ini ada masalah serius yang boleh membawa maut. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.