Sulit

3 tahun

Antara asma atau gastrik

Saya 3 ary Ni batuk selseme Dan sakit tekak… tp ary Ni tbe ² kne asma…pagi td dktor dh bg neb to dktor ckp lps mabik tu still Ade lg bunyi kt paru… doktor bg ubat Ventolin Biji Dan kembangkn paru…adakah sy patut ambik neb lg sbb rsa mmcm x selasa… nk kata asma atau angin gastrik pon sy x thu. Sy pon Jeni’s angin kt sudut aty cpt rsa mengah.

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.

Sekiranya anda bergejala sesak nafas yang tidak berkurangan walaupun anda mengambil ubat ventolin seperti yang diarahkan oleh doktor, saya sarankan untuk anda berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatang yang sesuai.

Untuk makluman anda, penyakit asma dan gastritis mempunya gejala berbeza. Serangan asma mungkin berlaku secara tiba-tiba atau secara progresif selama beberapa hari atau jam. Gejala mungkin berlaku pada awal pagi atau pada waktu malam. Simptom yang menandakan serangan asma adalah seperti berikut:

  • Bunyi berdeham atau “wheezing” semasa bernafas

  • Sesak nafas

  • Ketat dada

  • Batuk

  • Kesukaran bercakap

  • Keletihan

  • Jantung berdebar-debar

  • Penggunaan otot aksesori untuk bernafas

  • Kadar pernafasan berkurang

Manakala untuk masalah gastritis, gejalanya adalah seperti:

  • Pedih pada ulu hati (“heartburn”)
  • Kadang kala sakitnya menjadi teruk sehingga naik ke bahagian kiri dada, menyerupai serangan sakit jantung
  • Perut rasa penuh dan kembung (“bloated”)
  • Muntah-muntah ataupun rasa loya
  • Selalu sendawa
  • Jika teruk, asid boleh naik ke esophagus (refluks asid) menyebabkan pesakit sesak nafas
  • Jika gastrik terlalu teruk, ulser yang terhasil di dalam perut boleh menyebabkan pendarahan
  • Pesakit datang ke hospital dengan masalah muntah darah
  • Najis berwarna hitam (“melena”) akibat dari proses oksidasi pendarahan yang mengalir melalui sistem pencernaan
  • Masalah kekurangan zat besi dan vitamin disebabkan oleh ketidakseimbangan asid dalam perut yang diperlukan untuk proses pencernaan makanan
  • Kekurangan sel darah merah (anemia) yang menyebabkan rasa lesu dan sesak nafas
  • Berat badan semakin menurun
  • Rasa kenyang walaupun hanya makan sedikit sahaja (“early satiety”)
  • Rasa kebas akibat kekurangan vitamin B12

Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.

Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

panicAttacke-1155214538-770x553-650x428

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (102)