Sulit
4 tahun
Apa kah rawatan terkini bagi herpers simplex
Saya mengalami gejala bintik2 seperti jerawat di tubuh…ada antaranya yg kekal,ada yg pandai.hilang.tapi berulang…adakah masih ada harapan.untuk sembuh…
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang ditujukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan atas gejala bintik-bintik pada badan anda. Maklumat yang diberi tidak cukup untuk mengenalpasti masalah anda dengan lebih tepat. Informasi lebih seperti kemerahan, gatal, bentuk dan juga simptom-simptom am yang lain sperti demam dan berepeluh malam perlu disahkan lebih lanjut. Oleh itu, jawapan diberi hanyalah jawapan am mengenai masalah anda.
Untuk makluman anda, gejala bintik-bintik berair boleh disebabkan oleh beberapa jenis penyakit:
- Penyakit alahan kulit
- Ekzema
- Jerawat pada badan
- Chicken pox (Cacar) atau Shingles (Kayap)
- Bullous Pemphigoid - Penyakit autoimun yang lecetan berair pada bahagian badan berlipat
- Jangkitan kuman seperti Impetigo
- Herpes
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor anda yang berdekatan. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.


































