
Sulit
4 tahun
Apakah penyebab kegatalan faraj dan jalan penyelesaiannya?
Saya wanita berumur 19 tahun dan belum berkahwin. Saya merasa gatal pada bahagian faraj beberapa minggu ini sejak period sehingga habis period. Berdasarkan lendir keputihan saya adalah normal seperti cecair putih tetapi keluar banyak. Mengapakah ini terjadi dan apakah jalan penyelesaiannya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu kegatalan pada faraj. Untuk makluman anda, secara umum, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Sebab fizikal seperti akibat bulu kemaluan
- Penggunaan estrogen secara ubat makan
- Peningkatan estrogen daripada kehamilan atau obesiti.
- Penghidap penyakit kencing manis atau golongan yang mempunyai sistem imun yang lemah seperti pesakit yang menjalani kemoterapi atau mempunyai jangkitan HIV dan juga pesakit pemindahan organ
- Penggunaan antibiotik spektrum luas untuk jangka masa yang lama juga boleh mengakibatkan jangkitan kulat faraj
- Menghidap penyakit kelamin seperti Bacterial Vaginosis, Candidiasis, Chlamydia, Gonorea, Trichomoniasis, HPV, atau Herpes Simplex.
Risau dengan masalah kegatalan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Untuk mengetahui jalan penyelesaian atau rawatan kepada masalah ini, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu. Oleh itu, jika perkara ini berlarutan dan mengganggu anda, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut secara langsung dengan doktor di klinik/hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih sempurna. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih
Perlukan penerangan selanjutnya? Dapatkan nasihat daripada pakar sakit puan .