
Anonymous
5 tahun
Apakah punca2 Syphilis?
AsSalam Doc, isteri sy telah ke Thompson Medical Center 2minggu lepas bagi rawatan kegatalan di bwh peranakan. Hasil ujian menunjukkan isteri sy telah dijangkiti Syphilis. Bgaimana ini boleh berlaku sedangkan sy x pernah melakukan hubungan kelamin dgn wanita lain. Adakah punca atau sebab lain?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, penyakit sifilis ini berlaku secara sentuhan terutamanya sentuhan yang berlaku di dalam hubungan seksual (pasangan tersebut mesti mempunyai sifilis untuk menyebarkannya). Sebahagian daripada cara lain penyakit ini boleh tersebar adalah dengan cara yang dikenali sebagai ‘vertical infection’ . Ia adalah istilah yang digunakan di dalam menunjukkan penyebaran penyakit yang tersebar daripada seorang ibu kepada anaknya di dalam kandungan ataupun penyebaran jangkitan yang berlaku ketika proses kelahiran.
Amat jarang sekali sifilis berjangkit melalui penerimaan derma darah. Hal ini kerana penderma darah akan disaring terlebih dahulu sebelum menderma dan Treponema pallidum juga tidak dapat hidup lebih daripada 24 hingga 48 jam di dalam suasana bank simpanan darah atau blood bank.
Penyebaran penyakit melalui hubungan seksual boleh berlaku sekiranya terdapat sentuhan kepada permukaan yang terdedah dan mempunyai organisma yang aktif pada sifilis tahap ‘primary’ . Pada sifilis tahap ‘secondary’ pula, jangkitan boleh tersebar dengan sentuhan pada kawasan-kawasan dikenali sebagai ‘mucus patches’ dan ‘condyloma lata’ yang terbentuk pada tahap ini. Kawasan-kawasan yang telah disebutkan ini mempunyai kadar penyebaran jangkitan yang amat tinggi. Sekian.