nurulatiqah527
3 tahun
Ari ari kanan sakit berterusan
Assalamualaikum , doc sy nurul 25tahun anak sorg berumur 1t6bulan . Soalan sy . Ari ari belah kanan saya sakit , apa kah puncanya? Saya mengalami kencing kotor yg teruk, sakit pinggang yg terlalu , sakit perut dan ari ari kanan berdenyut berterusan .
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan anda diberikan, anda adalah amat disarankan untuk mendapatkan pemeriksaan yang teliti mengenai masalah anda supaya mendapatkan rawatan yang bersesuaian dengan segera. Untuk pengetahuan anda, antara punca yang menyebabkan ari-air sakit berterusan adalah seperti:
- Batu karang di buah pinggang dan pundi kencing
- Jangkitan saluran kencing
- Sembelit
- Terbentuknya batu karang bersama nanah di buah pinggang sebelah kanan
- Nanah terbentuk di sekeliling buah pinggang kerana jangkitan
- Saluran kencing tersumbat
- Pengecilan atau sempitnya tiub kencing
- Masalah ginekologi
Sila mendapatkan pemeriksaan di klinik kesihatan yang berdekatan dengan secepat mungkin untuk mengetahui punca masalah anda. Sekiranya anda ingin berhubung dengan pihak kami secara peribadi, sila lik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih

































