
rajvmb87
4 tahun
Bacaan Darah Tinggi sentiasa tinggi
Saya lelaki dalam usia 32 tahun 10bulan pada masa terkini… Mengalami masalah tekanan darah tinggi semenjak beberapa bulan dulu, saya mengetahuinya masa menguji dengan alat pengesan darah tinggi ibu saya… Sentiasa bacaannya tinggi seperti dalam lingkungan 140/90 sehingga 160/110, tidak pernah ada bacaan normal… Adakah keadaan saya perlu mengambil ubat darah tinggi untuk mengawalnya…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, untuk mendapatkan diagnosis penyakit darah tinggi dengan tepat, anda digalakkan untuk berjumpa dnegan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut.
Rawatan pertama yang dinasihatkan untuk merawat masalah darah tinggi adalah seperti:
Mengurangkan pengambilan garam dalam makanan
Makan makanan yang berkhasiat atau makanan yang membantu mengurangkan tekanan darah seperti bawang putih, kayu manis, halia, minyak ikan dan herba hawthorn
Bersenam secara rutin
Sekiranya rawatan melalui perubahan cara hidup serta diet tidak membantu, barulah doktor yang merawat anda akan mempertimbangkan ubat-ubatan.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat serta bagi mendapatkan rawatan yang sesuai, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.