Sulit
3 tahun
Badan berasa panas dan sukar
Hi doktor. Saya lelaki berumur 25 tahun dan saya mengalami panas badan dan sukar untuk membuang air besar sejak awal bulan ramadan hingga ke hari ini. Selain itu, saya tidak berasa demam, cuma berasa panas badan sahaja dan sering sedawa.selain itu, saya sering sukar untuk buang air besar. Boleh doktor beri pencerahan tentang apa yang saya alami sekarang ini?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda alami boleh disebabkan:
- dehidrasi
- kekurangan serat
- hormon tiroid berlebihan
- Sindrom Iritasi Usus
- Penyakit radang usus
- kehamilan
Bagi masalah kerap sendawa, ia mungkin disebabkan masalah gastrik, GERD.
Badan berasa panas pula boleh disebabkan oleh masalah kesihatan seperti:
- hormon tiroid berlebihan
- menopause
- sindrom premenstrual
Masalah yang anda hadapi mungkin disebabkan oleh satu kondisi yang sama atau berbeza. Anda disarankan untuk mengunjungi doktor berdekatan dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.