
Sulit
5 tahun
Bagaimana hiv berjangkit
Adakah cecair faraj wanita hiv berlendir dan bagaimana cecair faraj memasuki kemaluan lelaki?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, cecair faraj wanita yang normal memang berlendir walaupun jika beliau menghidapi HIV. Ini adalah kerana cecair ini merupakan pelincir semasa bersetubuh untuk mengelakkan geseran yang boleh menyebabkan ketidakselesaan semass membuat hubungan seks. HIV berjangkit ke lelaki semasa melakukan hubungan seks yang tidak terlindung. Virus ini akan masuk ke dalam badan melalui membran mukus atau luka di dalam saluran kencing. Anda mungkin tiada simptom HIV sehingga selepas beberapa bulan. HIV menyerang sel darah putih yang menguatkan imuniti. Oleh itu, simptom-simptom pertama mungkin sangat samar dan mirip penyakit biasa seperti selsema, demam dan sebagainya.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.