
Sulit
4 tahun
Bahagian Bibir alat kelamin wanita gatal2 dan pedih
Saya berumur 22 tahun dan sudah bersuami. Saya mengalami gatal2 dan pedih di bahagian luar alat kelamin selama sebulan lbih yg lalu shingga kini. Masa mula2 kena tu masih ok. Skrg dah menjadi2. Boleh kah doktor mengetahui punca mengapa luar bibir alat kelamin menjadi seperti itu?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu kegatalan serta pedih pada alat kelamin. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Sebab fizikal seperti akibat bulu kemaluan
- Penggunaan estrogen secara ubat makan
- Peningkatan estrogen daripada kehamilan atau obesiti.
- Penghidap penyakit kencing manis atau golongan yang mempunyai sistem imun yang lemah seperti pesakit yang menjalani kemoterapi atau mempunyai jangkitan HIV dan juga pesakit pemindahan organ
- Penggunaan antibiotik spektrum luas untuk jangka masa yang lama juga boleh mengakibatkan jangkitan kulat faraj
- Menghidap penyakit kelamin seperti Bacterial Vaginosis, Candidiasis, Chlamydia, Gonorea, Trichomoniasis, HPV, atau Herpes Simplex.
Risau dengan masalah kegatalan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, jika masalah ini samakin berlarutan, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut secara langsung dengan doktor di klinik/hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih sempurna. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Perlukan penerangan selanjutnya? Dapatkan nasihat daripada pakar sakit puan .