
Sulit
3 tahun
Bahagian celah peha gatal dan luka
Saya wanita dalam 18 an.sejak seminggu dibahagia celah peha saya sgt gatal dan saya garu dan luka…semasa mandi tempat itu menjadi sangat pedihhh…boleh saya tahu cara mengatasinya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami rasa gatal pada bahagian celah peha. Kami akan cuba menolong anda.
Kegatalan pada bahagian celah peha boleh berpunca daripada beberapa perkara seperti :
- Memakai pakaian yang ketat
- Kulit kering
- Dermatitis
- Jangkitan kuman pada kulit
Bagi menangani masalah ini, anda perlu merujuk kepada doktor untuk mengenal pasti punca kegatalan di celah paha serta mendapatkan rawatan yang bersesuaian.
Anda boleh menghubungi kami untuk mendapatkan nasihat yang lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.