Sulit

3 tahun

Bahu terasa berat dan tidak selesa

Hye im a girl n 16 y/o . Bahu kiri saya rasa berat dan tak selesa , n sometimes rasa tak selesa smpai ke bhagian kaki kiri . Also bahu saya selalu terangkat sdri tnpa sy sedar .

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.

Berdasarkan masalah yang anda perihalkan di atas, masalah sakit bahu yang boleh merebak ke bahagian bahu kiri mungkin boleh disebabkan oleh masalah sendi ataupun masalah organ penghadaman dan jantung.

Sakit bahu ini secara langsung boleh disebabkan oleh :

  • Ketegangan otot
  • Masalah posisi tidur yang salah
  • Gangguan stress
  • Pemakanan yang tidak seimbang
  • tekanan darah tinggi (jika terasa mudah sakit kepala)
  • Jangkitan kuman pada sendi bahu dan otot yang boleh menyebabkan keradangan sendi
  • Kecederaan yang pernah berlaku pada sendi tersebut, Ini boleh menyebabkan soket sendi atau sendi otot terlari dari kedudukan asal, dan boleh menyebabkan keradangan dan ketegangan yang berpanjangan
  • Masalah kesihatan tulang yang boleh berpunca daripada kekurangan nutrisi seperti vitamin D dan kalsium.
  • Ketidakseimbangan hormon wanita. Ia boleh disebabkan oleh masalah ovari, pituitari (organ berhubung dengan otak), ataupun masalah tiroid.

Masih terasa lenguh dan sakit tulang? Dapatkan kekuatan yang diinginkan untuk menjalani aktiviti harian anda tanpa gangguan!

Selain itu, sakit bahu ini juga boleh menandakan penyakit dalaman yang lain. Perkara ini dikenali sebagai referred pain, iaitu sakit yang berpunca daripada masalah organ dalaman berposisikan kawasan lain, seperti:

  • Keradangan pankreas atau masalah pankreas
  • Batu karang hempedu
  • Penyakit jantung
  • Masalah hempedu seperti keradangan dan sewaktu dengannya.
  • Sista ovari atau keradangan pelvis.

Namun, bagi golongan umur anda, risiko untuk menghidap penyakit-penyakit di atas adalah sangat rendah. Oleh itu, masalah anda ini lebih dikaitkan dengan masalah am seperti ketegangan otot dan salah posisi tidur. Jika perkara ini berlarutan ataupun anda mengalami simptom baharu seperti sakit perut dan pembuangan najis yang aneh, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor anda yang berdekatan bagi mendapatkan punca masalah yang lebih tepat.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

download%20(1)

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (31)