wishahulafrah90
20 bulan
Batok selsema,sakit tekak
Hai sy wanita y berusia 30tahun… pd ahd y lalu sy ad mbuat part time …balik dari partime…sy mngalami sakit tekak,sakit kepala,batok dan selsema…adakah ini normal? Krana tempat y sy buat partime jg ad y sakit seperti saya.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah batuk, selsema dan sakit tekak boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asma*
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- Keradangan
Jangkitan virus yang lain boleh merebak di kalangan orang yang dekat dengan anda sekiranya etika batuk dan bersin yang betuk tidak diamalkan. Selain itu, oleh kerana kita mengalami penularan wabak COVID-19, anda tetap disarankan untuk melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.