
Sulit
4 tahun
Batuk basah dan berpanjangan
Mak saya dah batuk selama 3 bulan, dah pergi klinik dan hospital utk xray doc cakap paru paru sihat dan bersih. Skrg mak saya masih batuk ada kahak kadangkala kahak ada darah sedikit.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah batuk dan kahak berdarah boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Luka pada tekak akibat batuk berlebihan
- Luka daripada rongga hidung mengalir ke tekak
- Jangkitan paru-paru
- Terdapat masalah pembekuan darah / darah cair
- Pendarahan di dalam rongga paru-paru, saluran pernafasan atau perut
- GERD
- Asma
- Tuberkulosis
- COPD
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.