
Sulit
5 tahun
Batuk berkahak berterusan
saya remaja 18 tahun dan seorang OKU (fizikal), Doktor saya nak tanya kenapa saya kerap mengalami batuk berkahak dan terasa gatal-gatal pada paru-paru sebelah kiri ketika batuk dan hampir setiap bulan saya akan mengalami situasi ini

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, batuk berkahak boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan sistem pernafasan atas akibat (Viral URTI)
- Tuberculosis (TB)
- Jangkitan paru-paru (Pneumonia)
- Kanser paru-paru
- Asma kronik
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera kerana dikhuatiri anda akan mengalami komplikasi darah kurang (anemia). Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.