
Sulit
4 tahun
Batuk berlanjutan walaupun telah cuba pelbagai ubat
ayah saya berumur 78 thn mengalami batuk yang berterusan selama lebih kurang setahun. walaupun telah mengambil ubat batuk namun hanya dapat bertahan untuk beberapa jam sahaja, dan batuknya akan samabung balik.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak bapa anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Batuk berterusan & sesak dada ? Dapatkan bantuan sementara di sini.
Umumnya batuk yang kronik (batuk yang berterusan & lama) boleh disebab oleh beberapa masalah yang boleh dikatakan serius, antaranya:
- jangkitan paru-paru (tuberkulosis)
- gangguan saluran pencernaan (i.e. GERD, gastritis, dll)
- jangkitan saluran pernafasan (faringitis, orofaringitis, laringitis, dll.)
- jangkitan kuman (i.e. pertussis)
- alahan terhadap makanan atau persekitaran
Walau bagaimanapun, secara umumnya, kondisi bapa anda juga boleh dikaitkan dengan
- gangguan geriatrik
- kekurangan rehat atau tidur
- rutin makan yang kurang sihat
- tanda-tanda dehidrasi
- faktor psikologi
- tanda-tanda dari jangkitan kuman yang berterusan
- atau gangguan kesihatan lain yang memerlukan rawatan
Justeru kami menyarankan bapa anda untuk berjumpa dengan doktor (atau doktor pakar) secepatnya, sekiranya:
- gejala berterusan atau bertambah
- terdapat gejala tambahan (sakit kepala, mual, sesak nafas, dll.)
- gejala saat ini mengganggu rutin harian anda
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.