
noorfamarliana
2 tahun
Batuk berterusan di kawasan berhawa dingin
Saya berumur 39 tahun, perempuan. Saya mengalami batuk yang berterusan bermula hujung Dec tahun lepas sehingga sekarang. Saya hanya akan mengalami masalah ini apabila berada di dalam kawasan berhawa dingin “aircond” dan batuk akan berhenti apabila saya berada di luar kawasan tersebut. Mohon penerangan Dr berkaitan masalah ini.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, batuk berterusan boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.