Sulit
3 tahun
Batuk bila malam hari
Assalammualaikum dr. Saya ingin bertanya. Apabila malam sy kerap batuk. Tapi batuk yg sesekali. Adakah sebab saya mengalami masalah gerd atau sebalik nya. Sebab baru2 ni mmg saya menunjukkn syptome gerd and anxiety. Namun belum dapatkan pengesahan dari dr kerajaan. Cuma saya ke klinik swasta mendptkan rawatan sebelum pkp. Setelah mengambil keputusam sarah dr beritahu saya sihat. Cuma kolestrol shja tinggi sedikit. Namun dr tersebut ad memberitahu saya mengalami panic attack. Boleh dptkan keterangan dr berkenaan batuk yg sesekali muncul bila malam hari dengan gerd. ? Tq dr
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, GERD boeh menyebabkan batuk apabila asid dari perut mengalir kembali ke esofagus dan tekak. Hal ini menyebabkan iritasi pada tekak serta menyebabkan batuk.
Akan tetapi masalah batuk ini juga boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Jangkitan bakteria atau virus
Penyakit Asma
Pneumonia
COPD
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.