
Sulit
4 tahun
Batuk dan sakit tekak berlarutan
Saya wanita 30an mengalami sakit tekak dan batuk yang berlarutan. Saya sudah mendapatkan rawatan di klinik namun ubat habis dimakan tapi sakit tekak masih ada. Saya mengalami kesukaran untuk tidur terutama waktu malam kerana batuk dan kahak yang berada di bahagian leher membuatkan saya sukar bernafas dan badan saya mulai lemah, sakit kepala, makanan menjadi tasteless Dan vision blur menyebabkan saya tidak dapat melakukan rutin harian secara baik.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit tekak berlarutan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Alahan
- Postnasal drip
- Anda bernafas melalui mulut semasa tidur
- Refluks asid dari perut
- Radang tonsil
- Mononucleosis
- Gonorrhea
Sakit tekak beserta batuk, hilang deria rasa dan berasa badan lemah adalah simptom jangkitan COVID-19. Anda juga perlu segera mendapatkan swab untuk mengesahkan jika anda positif atau negatif jangkitan COVID-19.
Untuk makluman pihak anda wabak coronavirus sedang hangat diperkatakan dan adalah menjadi kepentingan untuk kita semua mengetahui tentang gejala yang ada pada pesakit yang dijangkiti dengan virus tersebut. Pesakit boleh mendapatkan gejala seperti:
- Sakit tekak
- Batuk
- Selsema
- Demam
- Sesak nafas
- Sakit badan
Gejala coronavirus boleh dimanifestasikan sehingga selepas 14 hari daripada hari pesakit dijangkiti dan pesakit dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan & nasihat daripada doktor jika mengalami gejala yang disebutkan. Pesakit juga dinasihatkan untuk tidak keluar rumah dan pergi ke tempat yang mempunyai ramai orang untuk mengelakkan penyebaran wabak berkenaan.
Keputusan diagnosis tidak boleh dibuat hanya daripada gejala yang diberikan pesakit. Pesakit perlu menjalani beberapa ujian untuk mengesahkan jangkitan coronavirus. Oleh itu, pesakit amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (KKM COVID-19) untuk keterangan lanjut mengenai koronavirus atau untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.