Sulit
4 tahun
Batuk dan sesak nafas semasa tidur
Saya mengalami batuk sejak 3 mggu lps… Tetapi bukan batuk setiap hari kadang2 2 or 3 hari… Lps tu ok balik… 2 or 3 hari lps ok batuk lg… Skrg ada gejala sesak nafas terutama masa tdo… Apakah gejala yang sy alami… Keadaan badan jugak banyak angin… Selalu sendawa… Kdg2 ms tdo sy rs mcm dada di hempap x blh bernafas… Bila tersedar rs berat untuk bernafas
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, gejala-gejala yang anda alami adalah mirip sesak nafas boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Anemia - kurang darah merah
Hipoventilasi akibat obesiti
COPD: Masalah paru-paru sempit
Penyakit TB
Alahan
Penyakit jantung koronari
Anxiety
Memandangkan sesak nafas boleh jadi risiko untuk sesuatu keadaan yang merbahaya, maka digalakkan untuk anda segera berubat. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.