
Sulit
4 tahun
Batuk dlm tempoh masa lama
Sy lelaki berusia 37 tahun… sy mengalami batuk yg lama selama 9 bulan sehingga harini… utk makluman, persekitaran kerja sy adalah berhabuk… sy pernah buat checkup, paru-paru sy tiada masalah… tetapi asid dlm perut sedikit tinggi… Adakah persekitaran kerja yg membuatkn batuk? Ataupn asid perut tersebut sebabkn batuk?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Perut memulas dan tidak selesa? Dapatkan bantuan sementara di sini.
Umumnya batuk yang kronik boleh disebab oleh beberapa masalah yang boleh dikatakan serius, antaranya:
- jangkitan paru-paru (tuberkulosis)
- gangguan saluran pencernaan (i.e. GERD, gastritis, dll)
- jangkitan saluran pernafasan (faringitis, orofaringitis, laringitis, dll.)
- jangkitan kuman (i.e. pertussis)
- alahan terhadap makanan atau persekitaran
Kami menyarankan anda untuk berjumpa dengan doktor secepatnya, sekiranya:
- gejala berterusan atau bertambah
- terdapat gejala tambahan (sakit kepala, mual, sesak nafas, dll.)
- gejala saat ini mengganggu rutin harian anda
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.