
Sulit
2 tahun
Batuk kering , selsema , demam , kesukaran bernafas
Saya lelaki berumur 20 tahun ,sy mengalami gejala batuk kering demam dan selsema serta kesukaran bernafas ketika sy hendak tidur , Saya tidak mempunyai kontak rapat dengan mana2 pesakit covid19 atau keluar negara , tetapi saya banyak berjumpa orang kerana Saya bekerja sebagai rider foodpanda ,jadi saya risau tentang kesihatan saya dan keluarga . Keluarga saya juga mengalami batuk2 kering perlukah saya membuat saringan ?

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Gejala ini bergantung kepada individu dan tahap keterukan jangkitan COVID-19. Ia boleh menjadi kedua-duanya. Pada mulanya batuk berkahak dan pada penghujung ialah batuk kering.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/