Sulit
3 tahun
Batuk kering untuk orang dewasa
Ayah saya berumur 55 tahun dan mengidap penyakit lelah semput,kencing manis, dan sekarang sy risau sangat dengan keadaan ayah sy sbb ayah sy dah 2mnggu batuk kering.adakah iannya membahaya? Mcm mna utk merawat?
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Batuk berterusan & sesak dada ? Dapatkan bantuan sementara di sini.
Umumnya batuk selama dua minggu atau lebih boleh disebab oleh beberapa masalah yang boleh dikatakan serius, antaranya:
- jangkitan paru-paru (tuberkulosis)
- gangguan saluran pencernaan (i.e. GERD, gastritis, dll)
- jangkitan saluran pernafasan (faringitis, orofaringitis, laringitis, dll.)
- jangkitan kuman (i.e. pertussis)
- alahan terhadap makanan atau persekitaran
Kami menyarankan ayah anda untuk berjumpa dengan doktor secepatnya, sekiranya:
- gejala berterusan atau bertambah
- terdapat gejala tambahan (sakit kepala, mual, sesak nafas, dll.)
- gejala saat ini mengganggu rutin harian ayah anda
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.