Sebahagian daripada doktor di DoctorOnCall


Dr Sashini Seeni

Perubatan Am

Dr M Ramzdhan

Perubatan Am

Dr Nathaniel Ho

Perubatan Am

Dr Rashid Khan

Perubatan Am

Dr Nurhayati

Perubatan Am

Dr Sri Viknarajan

Perubatan Am

Dr Fatahiyah

Perubatan Am

Dr Nur Syuhada

Perubatan Am

Dr Lee Chin Meng

Perubatan Am

Dr Mohamad Kashfi

Perubatan Am

Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
Doktor-doktor kami boleh menulis dalam Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
Doktor bertauliah
Semua doktor di DoctorOnCall adalah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia
Privasi Terjamin
Sebarang data anda tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak
Pantas Dan Cekap
Sebarang pertanyaan anda akan dijawab oleh doktor degan segara
*Forum ini terbuka kepada umum. Elakkan daripada berkongsi maklumat sulit anda seperti no telefon dan email kerana ia boleh dilihat oleh orang lain.
Hantar Secara Sulit

Berikan tajuk untuk masalah kesihatan anda
*Tajuk anda mestilah melebihi 20 patah perkataan
Terangkan dengan lanjut masalah kesihatan yang anda alami
*Penerangan anda mestilah melebihi 20 patah perkataan
Sila masukkan alamat emel anda supaya kami dapat menghantar jawapan bagi soalan anda

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Batuk, sakit tekak, sesak nafas, sakit kepala, mual, perut berangin, badan rasa panas tapi suhu tak lebih 37’C

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan

Dikemaskini pada: April 7, 2020 4:35 AM
Sulit 3 bulan

Saya wanita umur 34. Batuk, sakit tekak, rasa kadangkala hingus mengalir dalam hidung ke tekak, rasa mual, perut berangin. Dah 2 kali rasa ada hingus cair yg bau busuh mengalir ke tekak membuat tekak rasa pahit tapi rasa pahit & bau busuk itu akan hilang selepas seketika. Saya sudah pergi klinik pada 20/3 dan 30/3, doctor ada check darah platelet & blood cells counts normal, doctor pun cakap maybe flu biasa jer, sebab suhu badan normal. Sekarang saya masih belum sembuh dan mula rasa dada ketat bila nak bernafas. Badan saya sejak 20/3 rasa panas & banyak berpeluh. Apa sebenarnya sakit saya ini? Perlukan saya pergi ke hospital check covid? Adakah deman lebih suhu 37’c itu symptom wajib bila kena covid?

Dr Sri Viknarajan 6 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit tekak boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:

  • Radang tonsil
  • Jangkitan bakteria/virus di tekak
  • Tekak luka akibat batuk
  • Tekak tercedera akibat makanan keras atau tajam
  • Terlalu banyak menjerit atau bercakap
  • Kurang minum air

Keperluan ujian saringan COVID-19 adalah bergantung pada risiko jangkitan. Oleh itu, Anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.

Sekiranya anda berisiko sederhana tinggi atau tinggi, anda boleh melakukan ujian untuk COVID-19 di hospital-hospital dalam senarai ini. (Designated Hospital for COVID-19)

Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.

Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/

Terima kasih.

Dikemaskini pada: Tue Apr 07 2020 04:35:55 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.87
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Gastroenterologi tentang mual & muntah secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Tanya Doktor Percuma 10.10 Health Fest: Baucar RM10!