
Sulit
4 tahun
Batuk sehingga muntah
Saya berumur 21 tahun dan badan saya keluar berbintil merah dan berair. Sepanjang bintil merah tu saya rasa mual. Dan beberapa hari yg lalu saya mulai batuk. Saya batuk dan juga mual. Pagi tadi saya batuk sehingga mu tah sebanyak dua kali

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang ditujukan.
Berdasarkan ketarangan diberi, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah badan berbintik merah dan berair yang datang bersama dengan perasaan mual dan batuk sehingga muntah.
Untuk makluman anda, gejala yang dialami mungkin berkait antara satu sama lain ataupun tidak.
Terdapat beberapa penyakit yang boleh menyebabkan gejala bintik-bintik merah dan berair seperti:
- Penyakit cacar atau kayap
- Alahan kulit
- Ekzema
- Contact dermatitis
- Cellulitis
- Jangkitan bakteria, virus, atau kulat
Anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor anda mengenai masalah anda kerana terdapat banyak maklumat mengenai sejarah kesihatan anda serta ujian makmal yang harus dilakukan untuk mendapat diagnosis yang tepat. Oleh itu, jawapan yang diberi hanyalah jawapan am mengenai masalah anda. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.