Sulit
3 tahun
Batuk teruk berlanjutan
Assalammualaikum, Selamat petang, saya mengalami batuk-batuk sejak hujung bulan ramadhan tahun nie 2020. Sudah jumpa doktor banyak kali dan sudah makan ubat banyak tapi batuk2 tak reda juga. sehingga doktok bagi saya guna haler. setiap malam saya akan mengalami batuk2 yang sangat teruk sukar nak bernafas dan akan selalu muntah bila batuk itu jadi lebih teruk dan panjang. Saya dah berpantang dari minum air sejuk sekarang minuman saya hanya air putih suam-suam panas sahaja. keadaan ini berlaku siang dan malam setiap hari. Mohon bantu saya.
3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, gejala asma boleh menjadi lebih teruk pada waktu malam. Batuk juga boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
- COVID-19
Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Anda perlu khuatir jika anda baru pulang dari negara yang terjejas teruk dengan wabak COVID-19 atau anda mempunyai kontak rapat dengan mereka yang sah dijangkiti COVID-19. Oleh itu, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.