
Sulit
4 tahun
Bawah payudara belah kanan
Saya perempuan 17 thn, benda nie dah lama dah ade, tapi saya tidak memadang srs sangat , tp kenkadang dia sakit sangat tapi sakit dia kejap dan ade masa lama 1 ninit lebih, bila berjumpa doktor klau sakit, dia akan mengata tubuh badan sihat ! Adakah benda ini perlu ambil serius or abaikan? Bagaimanakah jawapan doktor ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami kerisauan tentang masalah yang anda sedang alami. Kami memerlukan lebih banyak maklumat mengenai sakit payudara yang anda sedang alami.
Terdapat beberapa sebab mengapa seseorang boleh mengalami masalah sakit payudara atau dada:
- Jangkitan pada payudara atau mastitis
- Pemakaian pakaian dalam yang terlalu ketat
- Kanser payudara
- Radang selaput tulang dada (costochondritis)
- Sista payudara atau breast cyst
- Kanser payudara
- Sakit disebabkan kitaran haid
Ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor untuk mengetahui punca sebenar dan supaya rawatan yang sesuai dapat diberikan kepada anda.
Buat masa ini, anda boleh melakukan pemeriksaan payudara secara sendiri dari masa ke masa untuk memastikan tiada sebarang masalah ataupun benjolan pada payudara anda.
Jika anda mempunyai persoalan lanjut, anda boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk konsultasi secara atas talian bersama dengan doktor kami. Terima kasih.