
Sulit
3 tahun
Bengkak belakang tumit kaki
Hi dr, mak saya berumur 70 tahun mengalami bengkak dia bahagian belakang tumit kaki kanan mak saya ada masalah darah tinggi sahaja, bila pergi check up di klinik dr cakap bukan gout, mungikin sebab minum air terlslu bnyak, dr pun kurang pasti, bole dr tolong saya, apa sebenarnya punya tiba tiba belakang tumit kaki kanan mak saya bengkak

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Menurut penerangan anda, emak anda yang mempunyai sejarah darah tinggi mengalami bengkak pada bahagian belakang tumit kaki kanan. Kami akan cuba membantu anda.
Secara umumnya, bengkak pada tumit boleh disebabkan oleh :
- Kecederaan pada bahagian tersebut
- Bengkak air disebabkan masalah jantung atau masalah buah pinggang
- Jangkitan pada kulit bahagian tersebut
- Deep vein trombosis
- Kesan sampingan ubat
Kami memerlukan maklumat lanjut daripada anda untuk mengetahui punca sebenar masalah emak anda. Oleh itu, kami menasihatkan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.