sahidahdaud
3 tahun
Bengkak di buku lali kaki
Saya jatuh tangga empat hari lepas. Saya tidak pergi jumpa doktor sebab terlalu sibuk bekerja dan jugak rakan2 saya ambil cuti, jadi saya terpaksa bekerja dan Saya terus bekerja. Saya beli ubat RUB di farmasi. Saya rawat sendiri. Soalan saya bengkak di buku lali nampaknya sama. Agaknya berapa lama bengkak akan surut? Dan lagi satu patut ke saya pergi pusat akupuntur? Tujuannya untuk mengeluarkan darah. Itu kata2 makcik cina di tempat kerja. Apa nasihat terbaik doktor?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, bengkak pada buku lali akibat kecederaan sememangnya mengambil masa untuk pulih dan kadang kala mengambil masa berminggu-minggu. Proses pemulihan akan semakin lambat jika terdapat tekanan pada buku lali anda seperti jika anda bekerja dan berjalan selalu. Mengenai akupuntur atau mengeluarkan darah pula, terdapat risiko jangkitan kuman jika anda melakukan rawatan alternatif tersebut dan mungkin akan membantutkan proses pemulihan bahkan mungkin membahayakan nyawa anda sekiranya berlaku “sepsis” dari jangkitan kuman oleh akupuntur/bekam. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk berehat banyak, letakkan “ice/hot pack”, sapukan ubat tahan sakit serta lakukan urutan ringan sendiri.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.































