Sulit
3 tahun
Bengkak kaki bernanah
selamat pagi doktor. ayah saya mengalami bengkak kaki yang agak serius, berair, kehitaman dan bernanah. di bahagian sisi kaki, ada kesan lubang yang boleh dilihat ada kesan nanah. masalah ketika ini, ayah saya agak sukar nak berjalan nak pergi klinik mahupun hospital yang agak jauh. apa pandangan doktor yang harus saya lakukan ketika ini. harap doktor membantu ya.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat pagi, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami mengenai kondisi yang ayah anda sedang alami. Untuk maklumat anda, keadaan ayah anda ini boleh disebabkan oleh beberapa keadaan seperiti:
- Ulser kaki diabetik (Diabetic foot ulcer) disebabkan oleh penyakit kencing manis itu dan penghidap diabetes mempunyai sistem imun yang lemah dan mudah terkena jangkitan
*Jangkitan pada tisu kaki disebabkan oleh kecederaan atau luka
Namun begitu, ini adalah pandangan kami secara am kerana ayah anda perlu diperiksa oleh doktor untuk mengetahui punca sebenar.
Buat masa ini, anda perlu membawa ayah anda ke hospital dan klinik dengan segera kerana kami bimbang keadaan boleh menjadi semakin parah. Anda boleh memapah ayah anda untuk bergerak ke sesuatu tempat dan jangan biarkan kaki yang sakit itu mendapat tekanan kerana ia boleh memberi kesakitan.
Masih risau dengan sakit kaki anda? Usah gusar, pakar tulang (Orthopaedics) kami sedia membantu!
Jika anda masih mempunyai soalan, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan penjelasan lanjut dari doktor kami secara atas talian. Terima kasih.