
Sulit
4 tahun
Benjolan di buku lali
Benjolan atau bengkak dibuku lali kadang² sakit atau terasa bila mcm ada sesuatu yg bengkak kat buku lali…kalo berjalan ok…x sakit.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, benjolan pada buku lali boleh disebabkan kecederaan, keradangan, jangkitan ataupun barah. Selalunya benjolan yang terjadi di buku lali adalah disebabkan kecederaan.
Anda perlu berjumpa dengan doktor di klinik berdekatan jika anda mengalami gejala-gejala ini:
- kecacatan pada kaki dan buku lali
- tidak boleh berjalan
- kebas di kaki
- kesakitan yang teruk di buku lali
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.