Sulit
2 tahun
Benjolan di faraj ketika terangsang
Saya wanita 20an , saya perasan jika saya terangsang muncul benjolan dibibir faraj saya.boleh saya tahu kenapa masalah ini muncul?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi pihak kami untuk bertanyakan masalah anda.
Kami faham bahawa anda mengalami masalah benjolan di faraj ketika terangsang. Jangan bimbang, kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah benjolan di faraj lazimnya dikaitkan dengan beberapa penjelasan seperti:
- Benjolan lemak
- Gumpalan tisu fiber
Akan tetapi, ia juga boleh disebabkan oleh isu kesihatan yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian segera daripada doktor, termasuk:
- Ketumbuhan sista pada kelenjar Bartholin ( Bartholin’s Cysts ) yang boleh disebabkan oleh jangkitan kuman pada kelenjar tersebut.
- Jangkitan herpes, sejenis jangkitan STI ( Sexual transmitted infections )
- Jangkitan HPV ( Human papilomavirus ) iaitu sejenis ketuat kelamin. Ia juga merupakan salah satu jangkitan STI dan boleh datang dan pergi.
- Fordyce Spots , iaitu sejenis ketumbuhan jerawat yang disebabkan oleh kelenjar peluh tersumbat
- Kanser vulva seperti Melanoma , Squamous cell carcinoma dan Basal cell carcinoma .
- Jangkitan kulat
Jika masalah ini ditambah dengan gejala kesakitan, sila segera berjumpa dengan doktor.
Anda juga amat disarankan untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Semoga jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih