
syukur.jiprih
3 tahun
Benjolan di urat tangan
Saya seorang lelaki 30 tahun. Lepas dari di masukkan ke wad selama 10hari akibat leptospirosis dan hepititis B. Dan antibiotics yang di masukkan melalui iv drip membuatkan tangan sebelah kiri di bahagian jarum berbenjol seakan biji kacang. Semasa di wad ia membengkak dan di pindahkan ke urat yg lain.
Dan kini sudah 14hari berada di luar wad dan benjolan tersebut tidak hilang lagi. Adakah ia membahayakan untuk peredaran darah saya dan keadaan saya?
Apa perlu saya buat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Kecederaan tisu di kawasan suntikan
- Thrombophlebitis (pembentukan darah beku dan menyumbat saluran darah)
- Deep vein thrombosis
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan lanjut dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sila berjumpa dengan doktor segera sekiranya anda mengalami gejala ini:
- Demam
- Sakit di kawasan yang terlibat
- Pergerakan tangan terbatas disebabkan sakit
- Sakit dada
- Sesak nafas
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.