
Sulit
5 tahun
Benjolan pada bawah zakar
Saya lelaki 24 tahun dan saya mendapati terdapat benjolan seperti jerawat atau bisul pada bawah zakar saya tetapi saya tidak merasa sakit mahupun gatal2 di bahagian situ.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Dengan hanya menyatakan benjolan di bawah zakar sahaja, ia tidak cukup untuk memberi gambaran sifat / masalah kulit yang sedang anda hadapi ini. Adalah sebaiknya anda menjelaskan lanjut seperti warna, sudah berapa lama timbul, lokasi spesifik, bilangan benjolan dan sebagainya. Secara umum, masalah kulit yang bersifat seperti jerawat atau bisul di bahagian kemaluan boleh jadi sebabkan oleh banyak penyakit seperti:
- Akibat alahan terhadap sabun atau pakaian dalam
- Kelainan kulit seperti skin tag
- Penyakit Kelamin ( Sexually Transmitted Disease ) seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
- Masalah kulit seperti benjolan nanah, jerawat ataupun cyst
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.