Sulit
5 tahun
Benjolan pada bibir kemaluan
Saya remaja wanita berusia 17 tahun. Sejak tahun lepas, saya sering mengalami kegatalan pada kemaluan. Saya pernah berjumpa doktor dan telah menggunakan krim yang diberikan oleh doktor tersebut dan keadaan menjadi lebih baik. Namun, setelah saya berhenti menggunakan krim tersebut, kegatalan tersebut masih berlaku, dan baru-baru ini saya menyedari terdapat benjolan kecil (seperti bekas gigitan nyamuk) pada kemaluan saya. Benjolan tersebut kecil dan menyebabkan kegatalan. Tetapi, saya tiada masalah keputihan atau pendarahan di luar waktu datang bulan. Apa yang perlu saya buat untuk mengelakkan kegatalan ini?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Penyakit Kelamin (Sexually Transmitted Disease) seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
- Cyst atau Abses
- Masalah kulit seperti benjolan nanah atau jerawat
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
































